SPONSORED BY

iNeedSell.com: Free online ads. Post your Ad here.

Sunday, November 7, 2010

SHORT Joke..try it!! =)

1)Banduan newbie



Seorang banduan baru sahaja dimasukkan ke penjara dan memasuki selnya. Macam biasa, banduan lama (otai) akan menemuduga banduan baru (newbie)



Banduan otai: “hoi…kenapa lu dimasukkan ke penjara?” Banduan newbie: ”saya cuma memecahkan tingkap di tempat kerja saya” Banduan otai: ” hah..!? cuma pecahkan tingkap jer kena masuk sini? lu kerja kat mana ?”





Banduan newbie: ” Kapal selam”





2)Pelupa



Ajoi memang sangat pelupa. Menyedari kekurangannya dia berkongsi masalah dengan Wak Sumardi. Wak Sumardi : ko dah cuba apa-apa? Ajoi : Aku sudah beli buku mengenai Program kilat meningkatkan daya ingatan yang disusun oleh seorang profesor terkenal. Wak Sumardi : Hasilnya? Ajoi : Sama saja Wak Sumardi : Teorinya gagal? Ajoi : Bukan begitu…aku lupa dimana aku letakkan buku tu….



3)Chewing gum



Ajoi duduk berhadapan dengan seorang mak cik dalam komuter. AJoi tengah syok mengunyah chewing gum sambil berangan aweknya. “Tak guna kamu bercakap pada mak cik, Nak!” kata mak cik tersebut, “Aku pekak” sambungnya.



3A)Langgar lampu merah



Ajoi kena tahan polis kerana melanggar lampu merah.



Polis: Awak nampak lampu merah? Ajoi: Nampak tuan! Polis: Kenapa kamu tak berhenti? Ajoi: Saya tak nampak tuan, tuan! Kalau nampak confirm saya berhenti.





4)Lawak pencungkil gigi



lawak hangat



Ajoi, secara diam-diam dah ‘mengonqure’ lawak hangat di internet, malah dah lama aku tak buat entri pasal Ajoi ni tapi ada yang dah mula rindu tuh…hohoho…



Ajoi suka mencungkil gigi selepas makan. Untuk menyenangkan dia, dia meletakkan pencungkil gigi dan letak atas meja makan macam kat restoran tu.



Satu hari dia bising-bising..



Ajoi: Siapa ambik aku punya pencungkil gigi ni, cepat betul habis..



Pancis : Wak Sumardi la tu, aku selalu nampak dia ambik lepas makan.



Wak Sumardi : Ceh, aku ambil sebatang jer lepas makan





Ajoi: Kalau sebatang takper la, ni sampai licin.



Wak Sumardi : Radin la tu, aku ternampak dia selalu ambil segenggam pencungkil gigi ko… tak tau dia buat aper..



Ajoi: Ni yang aku hangin ni, cubalah berjimat sikit. Tengok macam aku…



Lepas makan aku guna sebatang jer…. lepas tu aku letak balik dalam bekas tu…



Wak Sumardi : Uwekkkkkk…!!





5)Negro sejati



Alkisah di negara Afrika sana, manusia yang paling hitam adalah yang paling hebat! Hitam dalam erti hitam segala-galanya, itulah Negro Sejati! Ada 3 orang anak kecil yang sedang membandingkan kehitaman bapanya.



Anak pertama : ” Bapak gua semalam sedang mengupas epal, tiba-tiba..tangannya terluka, DARAH dia HITAM korang tau!!!!…



Anak kedua : “Papa aku semalam sedang betulkan antena Astro, tiba-tiba..terjatuh sampai patah tulang, TULANG dia warna HITAM !!!”



Anak yang ketiga, tidak mahu kalah : “Hm.. itu belum seberapa,malam tadi waktu kami sedang menonton TV, tiba-tiba daddy aku terkentut.. ,…tiba tiba seluruh rumah jadi GELAP !!!!!!”



hohoho Gelak tengahari sampai malam



6)Salah kaler



Sebelum pergi lunch, Ajoi yang nak membodek boss dia, Mr. Brown tanya-tanya mana tau boss dia nak kirim pape..



Ajoi : Hello, boleh cakap dengan Mr. Brown. Pengangkat telefon : Maaf, di sini Mr. Black. Ajoi :Oops Sorry, wrong color!



7)Mamak Cendol



Lepas tu Ajoi keluar ofis utk lunch . Lepas makan di tengahari yang panas terik , Ajoi teringin pulak nak makan cendol Mamak tepi jalan. Dia tgk Mamak tu jual mangkuk yang besar sedangkan perut dia kenyang baru makan nasik.





Ajoi: Mamak cendol semangkuk berapa?



Mamak: RM2.50



Ajoi : Kalau separuh berapa?



Mamak: Mana boleh jual separuh.



Ajoi: Elo Mamak, pembeli tu kan raja!



Mamak: Elo bai….Raja mana beli cendol tepi jalan camni…


8)Payung



Balik petang tu, ada jiran baru pindah sebelah rumahnya. Ajoi berbual dengan anak jirannya yang baru pindah tu.



Ajoi: Dik umur berapa tahun?



Adik: 6 tahun..



Ajoi: Hah dah 6 tahun ? tapi pendek la…tinggi lagi payung pak cik



Adik: Umo payung pak cik berapa tahun?



Ajoi: terkesima…



9)Kahwin lain



Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak dengan TV sambil borak2 ngan wife dia.



Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”



Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”



Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga mcm ayang……. abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…





10)Teka berapa ekor lembu



Ajoi seorang penternak jaya yang membela beribu ekor lembu. Ladangnya sangat luas tetapi berada di kawasan terpencil. Tiba-tiba sebuah BMW baru meluncur arahnya. Pemandu, seorang pemuda yang berpakaian tuxedo,kasut Gucci, kacamata hitam Ray Ban dan bertali leher YSL, menjenguk kepalanya dari tingkap kereta dan bertanya Ajoi, “Jika saya mengatakan dengan tepat berapa banyak lembu yang ada dalam kawanan anda, mahukah anda memberi saya seekor?”



Ajoi selamba shj memandang lelaki itu, lalu melihat ribuan lembunya dan dengan tenang menjawab, “Ok!”



Pemuda itu parking keretanya, mengeluarkan IBM ThinkPad yang menyambung ke telefon, kemudian ia melayar ke website NASA dan menggunakan sistem satelit, zoom in daerah tersebut, dan kemudian membuka database dan Excel spreadsheet dengan formula kompleks. Dia menghantar e-mel melalui Blackberry dan selepas beberapa minit, mendapatkan tekaan. Akhirnya, ia print laporan 130 helai pada printer mininya kemudian berkata kepada Ajoi, “anda mempunyai tepat 2586 lembu”.



“Humm tepat sekali! Ambilah salah seekor lembu” kata Ajoi.



Pemuda itu memilih seekor lembu yang agak kecil dan memasukkan ke dalam but keretanya.



Kemudian Ajoi berkata: “Jika saya boleh mengatakan dengan tepat apa pekerjaan anda, adakah anda akan memberikan lembu saya balik?”



“OK, mengapa tidak” jawab pemuda yang smart gila itu.



“Nampaknya , anda adalah jururunding (consultant) ” kata Ajoi.



“Itu betul” kata pemuda itu, “tapi bagaimana anda tahu?”



“Tidak perlu meneka,” jawab Ajoi. “Anda muncul di sini walaupun tidak ada yang memanggil anda. Anda ingin dibayar untuk jawapan yang sudah saya ketahui, dan anda ingin dibayar untuk sebuah pertanyaan yang tidak pernah saya tanyakan. Dan anda tidak tahu apa-apa tentang perniagaan saya … Sekarang bagi balik lembu saya.! ”





11)Beli satu dapat dua



Beli satu dapat dua



Seorang peniaga menjerit di sebuah pasar malam,



“Percuma ! Percuma!”



“Beli Satu dapat dua..!” “Beli Satu dapat dua..!”



Ajoi, mmm mcm best nih, Apa barangnya bro?



Peniaga : Kasut…



Lawak 2:



Tentera Laut



Ajoi yang tidak lulus ujian untuk menjadi tentera laut, kerana kecergasannya tidak mencapai tahap yang diperlukan . Dia tidak puas hati dan bertanya kepada Pegawai tersebut.



“Kenapa ujian kecergasan saya tidak lulus sedangkan saya berlari 100M dalam masa 10 saat jer…?” Ajoi bertanya



Pegawai: “Ya tetapi kamu tidak lulus ujian renang kerana kamu tidak pandai berenang”.



Ajoi: “Penting sangat kah pandai berenang?”



“Memanglah inikan ujian tentera laut!” tegas Pegawai tersebut.



Ajoi: ” Ini memang tak adil..kawan saya dapat kerja tentera udara sedangkan dia tak pandai terbang!”





12)Tak boleh pakai lipstick



Ada seorang anak tunggal yang manja bertanya pada emaknya. “Mak, hari jadi saya sweet seventeen nanti boleh buat parti kat rumah tak?” Hmm, bila masa lagi anak aku boleh berparti sweet seventeen, fikir emaknya “Boleh…boleh..biar nanti mak siapkan”



Anak itu kembali bertanya, “Mak, ..masa sweet seventeen nanti boleh jemput kenkawan tak?”.. Hmm, bila lagi dia boleh berparti dgn kawan2nya,fikir emaknya “Boleh, boleh..nanti mak uruskan kad jemputannya”



Anak itu bertanya lagi, “Mak..,mak..boleh pakai baju baru tak?..”, Hmm, hanya sekali ini dia sweet seventeen, fikir emaknya, “Boleh…boleh,nanti mak belikan”



Pada hari ulang tahun ke 17 itu, parti telah dibuat dirumahnya, Kawan-kawan dia sudah datang, remaja itu memakai baju barunya dan kembali bertanya kepada emaknya.



“Mak..mak, boleh pakai lipstick tak?” “Tak boleh!” kata emaknya



“Ala..makkkk, ini kan cuma terjadi sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick jer tak boleh..” rengek anaknya



“Tidak.! Kamu boleh buat parti, kamu boleh ajak kawan2 kamu, kamu boleh pakai baju baru,tapi kamu tak boleh pakai lipstick”



“Boleh la makkkk………, please…..” , rengek anaknya lagi



“AJOI…..!!!!!kali ini emak tak boleh kompromi… TAK BOLEH!”





13)Tanda anda kemaruk internet



1. Anda menulis alamat rumah anda semasa mengisi apa-apa borang dengan alamat email atau url blog anda.



2. Loceng di rumah anda bertulis “Click here to continue”



3. Pintu bilik mandi anda bertulis “WARNING: This website contains explicit adult material, please verify your age”



4. Anda menanyakan apakah ada email baru untuk anda kepada Posmen.



5. Ketika bertemu dengan rakan lama anda akan berkata: lu g mana? gua “ping” pesal ‘no reply’?



6. Anda menggunakan Google untuk mencari anak anda yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.



7. “Unable to locate your server!” kata Anda ketika menerima telefon yang tersalah dail.



8. Anak-anak Anda diberi nama Ajoi.gov supaya dia jadi pegawai kerajaan atau Ajoi.edu supaya dia jadi mahasiswa nanti.



9. Anda susah menggerakkan jari anda kerana anda sudah online selama 36 jam.



10. Ketika kereta anda terlepas simpang , yang pertama anda cari adalah tombol UNDO.



11. Anda memperkenalkan diri sebagai: youremail@… atau .domain.com



12. Anda keluar dari komuter dengan berkata “request time out!!!”



13. Ketika hidup anda mengalami stress, anda akan terfikir mengapa tubuh anda tidak dilengkapi dengan tombol Ctrl-Alt-Del.



14. Ketika anda sedang bersama dengan isteri, pintu bilik anda ada tulisan “you don’t have permission to access it”.



15. Ketika cinta anda ditolak awek anda selalu berkata “This program is not responding” sambil geleng2 kepala.



16. Jika ada orang lain yang mendekati awek anda, anda berkata kepada mamat tersebut “Sorry This Page Has Been Owned By ….”





14)Gamer sejati



Game..game..game. Dunia budak zaman sekarang tak boleh dilepaskan dengan game. PSP dan CC perkataan popular diaorang. Tetapi bukan setakat budak jer, orang dewasa ramai juga yang kaki game.



Malah apa yang aku pernah dengar diaorang boleh buat duit dari main game, biasanya remaja Cina la. Contohnya diaorang boleh jual senjata perang kepada member2 lain. Malah yang jadi main judi pun ada. Dan apa yang aku pernah dengar ada budak sekolah yang ke CC waktu petang dengan bawa duit 50 sen jer. Dapat main 15 minit pun takpe.



Berikut adalah ciri-ciri gamer sejati, adakah anda termasuk dalam ciri-ciri ni?



1. Tidak ingat rumah, cyber cafe adalah dunianya 2. Tak ingat nak mandi 3. Tak sempat nak shampoo dan sikat rambut 4. Tak ingat nak makan sehingga jadi kurus 5. Takde awek kerana takde masa nak bersosial 


credit to :http://www.facebook.com/Saceh

No comments:

Post a Comment

free web site traffic and promotion